Ucapan dasar Presiden UMNO, YAB Dato’ Seri Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa UMNO bukan sekadar ‘menumpang kuasa’ dalam Kerajaan Perpaduan, tetapi parti yang menstabilkan negara selepas kemelut pasca PRU15.
Zahid menyebut 3 tahun amanah kenegaraan telah berjaya menghasilkan kestabilan politik, pemulihan ekonomi, kepentingan Melayu–Islam, TVET, agenda Bumiputera, Palestin, isu Sulu dan ASEAN.
Namun, Zahid mengaku UMNO telah membayar harga politik yang sangat mahal, terutama penolakan Melayu yang melebalkan UMDAP, tuduhan lari prinsip, tuduhan selamatkan diri sendiri, retak dengan parti komponen BN dan tekanan akar umbi yang mahu UMNO keluar dari kerajaan.
Zahid menegaskan UMNO tak akan tunduk, UMNO tak akan cair, UMNO bukan parti daun kari yang diletak masa masak, dibuang masa makan. UMNO tak jadi pak pacak Kerajaan Perpaduan. Kesetiaan ini ada batasnya dan jika penghormatan ini tak dibalas, jangan salahkan UMNO jika api menjadi besar.
Ucapan beliau juga membongkar 3 realiti politik baru iaitu:
1. Era gabungan politik memaksa kompromi, tiada parti boleh memerintah solo dan UMNO perlu matang atau pupus.
2. Politik Melayu terlerai, hilang dominasi kerana ego sesama sendiri dan rakyat mahu Melayu-Islam yang progresif, bukan retorik marah semata-mata.
3. UMNO hadapi krisis keyakinan, terutama anak muda & Genz yang jadi political atheist dan tak berminat dengan ideologi lama.
Akhirnya, Zahid memposisikan UMNO sebagai ‘Rumah Bangsa Melayu’ dan bukan lagi pesaing perpecahan. UMNO mahu tampil sebagai parti pengimbang dan pemegang kunci ke arah penyatuan ummah yang realistik, bukan sentimental.
Ucapan ini bukan nostalgik, ia sebenarnya ucapan positioning & bargaining untuk survival politik UMNO dalam era pasca-dominasi.
Secara pedasnya mesej utama Zahid,
“UMNO tak mati. UMNO tak tunduk. UMNO hanya tunggu masa & padang untuk bangkit.”
16 Januari 2026
Dewan Merdeka, Aras 4, WTC KL



















































Discussion about this post