SUMBANGAN Asas Rahmah (SARA), di bawah inisiatif Payung Rahmah dan tambahan kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, mula diagihkan kepada penerima bujang bermula hari ini.
Tahun ini, seramai 3.1 juta individu layak menerima SARA melibatkan golongan bujang, Orang Kurang Upaya (OKU), ibu dan bapa tunggal, balu, janda atau duda tanpa anak berusia antara 19 hingga 59 tahun, dengan bantuan diberikan sehingga 31 Disember.
Seorang ibu tunggal, Zaini Md Rejab, 56, berkata bantuan itu membantu menampung perbelanjaan asas bulanannya.
“Walaupun nilainya RM100, ia sangat bermakna dan membantu keperluan harian,” katanya ketika ditemui.
Seorang lagi penerima, Norhayati Alang Kamarudin, 43, berkata SARA bersama STR membantu mengurus perbelanjaan keluarganya.
“Jumlah itu mungkin kecil bagi sesetengah pihak, tetapi sebagai ketua keluarga, ia banyak meringankan beban,” katanya, sambil menambah Bantuan Awal Persekolahan turut membantu kewangan keluarga.
Bagi penerima bujang, Mohammad Afiq Ikhwan Arshad, 25, berkata bantuan berkenaan membantunya mengurus kos sara hidup, khususnya kerana tinggal berjauhan daripada keluarga.
“Sebagai bujang di perantauan, bantuan ini sangat membantu perbelanjaan asas,” katanya.
Kerajaan sebelum ini memaklumkan pelaksanaan SARA bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah menghadapi peningkatan kos sara hidup semasa.














































Discussion about this post