INISIATIF Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui penggerakan Mobile Integrated Radio and Internet Communication System (PRIME) terbukti menjadi penyelamat komunikasi ketika banjir besar yang melanda Sabah baru-baru ini.
Sistem bergerak yang berautonomi penuh itu berjaya memulihkan rangkaian komunikasi kritikal di kawasan terjejas teruk seperti Penampang dan Kampung Cendrakasih, sekali gus menyokong operasi penyelamatan serta menghubungkan keluarga yang terputus hubungan.
PRIME dilengkapi teknologi satelit, selular, radio mudah alih dan Wi-Fi, membolehkan pasukan kecemasan menyelaras misi bantuan dengan lebih cepat dan tepat. Selain itu, ia memberi talian hayat kepada penduduk untuk menghubungi ahli keluarga serta mendapatkan maklumat penting.
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, dipuji atas komitmen konsisten beliau memperkukuh infrastruktur komunikasi sebagai tonggak pengurusan bencana negara. Sementara itu, Pengerusi MCMC, Tan Sri Salim Fateh Din, bersama pasukannya disifatkan berjaya menterjemah visi kerajaan ke dalam tindakan dengan profesionalisme dan kecemerlangan teknikal.
“PRIME mencerminkan roh sebenar kerangka Madani – inovasi demi rakyat, kesiapsiagaan yang diterjemah dalam tindakan, serta bukti kerajaan hadir pada waktu rakyat paling memerlukan,” kata Ketua Cabang PKR Tawau, Fung Thin Yein, dalam satu kenyataan.
![]()
Beliau menegaskan, kejayaan PRIME menjadi simbol harapan bahawa rakyat tidak akan dipinggirkan dalam waktu krisis, seiring keperluan negara melabur dalam inovasi berpusatkan rakyat menghadapi cabaran iklim yang semakin tidak menentu.
“Apabila kepimpinan, teknologi dan perkhidmatan awam bersatu dengan tujuan jelas, kita bukan sahaja membina sistem lebih kukuh, tetapi juga sebuah Malaysia yang lebih kuat,” tambahnya.















































Discussion about this post