Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sedar bahawa tanpa UMNO, kerajaannya bakal lumpuh dalam melaksanakan dasar-dasar ekonomi yang berkesan.
Namun, kebergantungan kepada UMNO juga membawa risiko. Anwar sedar bahawa mengandalkan UMNO sepenuhnya bukanlah strategi jangka panjang yang selamat, apatah lagi dengan pergolakan dalaman parti itu.
Maka, langkah seterusnya adalah mencari bakat luar yang memiliki latar belakang UMNO tetapi boleh diserap ke dalam PKR sebagai strategi membina pasukan teknokrat yang boleh dijenamakan semula dalam acuan PH.
Di sinilah muncul nama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. Bekas Menteri Kewangan era Perikatan Nasional ini bakal ‘dicuri’ ke dalam PKR, menjadikannya satu eksperimen bagaimana seorang teknokrat dengan DNA UMNO boleh digunakan untuk memperkukuhkan kedudukan parti PKR.
Pemilihan Tengku Zafrul ke dalam PKR bukan sekadar satu simbolik, tetapi satu strategi politik jangka panjang untuk melihat sejauh mana seorang tokoh UMNO boleh diadaptasikan dalam jentera PH tanpa menggugat dominasi Anwar.
Pada akhirnya, Anwar memahami bahawa PH semata-mata tidak cukup untuk mentadbir negara dengan cekap. Ahli-ahli politik mereka banyak lahir dari pergerakan jalanan dan aktivisme, bukan daripada sistem yang melatih teknokrat dan pentadbir berkaliber.
Oleh itu, strategi terbaik buat Anwar adalah terus memanfaatkan pemimpin UMNO yang berkualiti dan dalam masa yang sama, membentuk generasi baru dalam PKR yang berasaskan bakat-bakat yang asalnya berakar dari UMNO.
Dalam percaturan ini, Tengku Zafrul hanyalah permulaan.
Zek Ameir adalah “Political Technologist” yang membawa konotasi manipulasi politik melalui media, propaganda dan data analitik untuk mencapai objektif tertentu.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian 3SixtyNews.



















































Discussion about this post