PUTRAJAYA – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi diberi tanggungjawab untuk mengumumkan nama calon mewakili Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Mahkota, Johor.
Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau menyerahkan tanggungjawab kepada Menteri Besar itu di atas persetujuan pucuk pimpinan parti.
“Saya berikan kuasa kepada Menteri Besar Johor untuk buat pengumuman calon PRK DUN Mahkota,” katanya selepas melancarkan Persidangan Perundangan Antarabangsa Mengenai Ancaman Dalam Talian 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.
Terdahulu, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memaklumkan, calon BN untuk PRK Mahkota akan diumumkan Ahmad Zahid minggu ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum ini menetapkan hari pengundian PRK Mahkota pada 28 September, dengan penamaan calon pada 14 September dan pengundian awal pada 24 September.


















































Discussion about this post