KUALA LUMPUR : Empat penjenayah ditembak mati disyaki terlibat dalam kes culik dan meminta tebusan sebanyak RM5.4 juta.
Kejadian berlaku di Skudai, Johor malam tadi dimana suspek pertama maut selepas berbalas tembakan dengan sepasukan polis ketika diekori menaiki kereta Perodua Kelisa di kawasan Jalan Skudai-Gelang Patah, Johor Bahru.
Sementara tiga suspek lagi turut maut ditembak dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Emas, Skudai, Johor, pada pukul 12.05 tengah malam.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain, pihaknya menerima laporan berhubung kes culik seorang lelaki warga China dan wanita tempatan di susur keluar Plaza Tol Mex, Cyberjaya, 11 Julai lalu.
Jelasnya, suspek terdiri daripada empat lelaki menggunakan kereta pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard ketika kejadian.
“Dua mangsa dibebaskan pada 15 Julai setelah adik mangsa warga China membuat bayaran tebusan dalam bentuk bitcoin AS$ 1.1 juta (RM5.4 juta) kepada suspek.
“Hasil siasatan, risikan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berkaya mengenal pasti suspek yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Jelas Suhaily, kejadian berlaku ketika dalam usaha menahan suspek yang terlibat.
“Kejadian pertama berlaku pada pada pukul 11.25 malam semasa suspek menaiki Perodua Kelisa cuba melarikan diri selepas menyedari diekori pasukan polis di kawasan jalan Skudai – Gelang Patah, Johor Bahru.
“Suspek bertindak melepaskan tembakan ketika cuba diberhentikan pasukan polis. Berlaku berbalas tembakan dan suspek berusia 51 tahun meninggal dunia terkena tembakan.
“Suspek mempunyai enam rekod jenayah lamapau dan pernah dikenakan perintah tahanan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA),” katanya.
Mengulas kejadian di lokasi kedua, Shuhaily berkata, ia berlaku pada pukul 12.05 tengah malam tadi ketika sepasukan polis menyerang sebuah premis di Taman Emas, Skudai, Johor.
Jelasnya, pasukan serbuan bertindak masuk ke dalam premis dan mengenalkan diri namun kedengaran bunyi tembakan dari arah beberapa buah bilik di dalam rumah itu.
“Bagi mempertahankan diri, pegawai serbuan melepaskan tembakan ke arah suspek dan tiga terkena tembakan meninggal dunia. Turut ditemui dua pucuk pistol dan sebilah parang panjang.
“Semakan mendapati, dua daripada tiga suspek berusia 35 hingga 39 tahun yang maut mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya.
Empat serbuan dijalankan membawa kepada tangkapan 4 suspek lelaki dan seorang wanita tempatan berusia 25 hingga 43 tahun.
“Turut dirampas tiga pucuk revolver dan sebilah parang panjang.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya
















































Discussion about this post