Kerangka kawal selia atau perlesenan perkhidmatan media sosial yang diperkenalkan hari ini dan berkuat kuasa mulai tahun depan, tidak membabitkan pengguna platform media sosial berkenaan.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, sebaliknya ia hanya terpakai kepada pihak penyedia perkhidmatan media sosial.
Justeru, beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, pengguna tidak perlu untuk mendapatkan lesen tersebut.
“Ada pihak-pihak yang menyatakan pandangan yang jauh lari daripada realiti proses sebenar pelesenan. Saya ingin jelaskan ia terpakai kepada pemberi perkhidmatan sahaja, bukan kepada pengguna atau pempengaruh.
“MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) akan terbitkan satu FAQ untuk memberi penjelasan berhubung sistem perlesenan itu,” katanya.
Dalam tempoh 1 Ogos sehingga 31 Disember ini, katanya, MCMC akan mengadakan sesi libat urus dengan semua pemegang taruh, termasuk wakil platform media sosial dan sistem pesanan internet.
“Ia untuk mengenal pasti code of conduct dan tindakan akibat kegagalan memiliki lesen atau ingkar arahan,” katanya.















































Discussion about this post