Pejabat Perdana Menteri hari ini, mengecam tindakan pihak Meta menurunkan hantaran gambar di Instagram memaparkan perjumpaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin Hamas di Doha, Qatar, Mei lalu.
Bahagian Media & Komunikasi Strategik PMO berkata, tindakan itu ternyata memperlihatkan diskriminasi terhadap situasi di Palestin dan pemimpin negara itu.
“Sehubungan itu, pihak kami menuntut penjelasan berhubung perkara ini, dan mendesak Meta memohon maaf,” menurut kenyataan PMO, hari ini.

Menerusi dua gambar yang dimuat naik dalam tangkap layar kenyataan PMO itu, memperlihatkan Meta menurunkan hantaran dalam Instagram Anwar berserta gambar beliau bertemu Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh ketika lawatan rasminya ke Qatar, Mei lalu.
Meta mendakwa terpaksa menurunkan hantaran itu kerana menyifatkan ia seperti simbol, pujian atau sokongan kepada individu dan organisasi yang dianggap oleh mereka sebagai berbahaya.
Terdahulu, media melaporkan, Ismail Haniyeh terbunuh di Tehran, Iran, kata kumpulan pejuang Palestin Hamas dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, kumpulan pejuang Islam itu berkabung atas kematian Haniyeh, yang dikatakan terbunuh dalam ‘serangan khianat Zionis ke atas kediamannya di Tehran’.
Haniyeh berada di Tehran untuk menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, semalam















































Discussion about this post