Kerajaan komited memupuk hubungan dengan China yang kini sudah terjalin sejak 50 tahun lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua negara telah memulakan hubungan diplomatik sejak 31 Mei 1974.
“Malaysia kekal menjadi sebuah negara bukan sosialis pertama di Asia Tenggara untuk merapatkan jurang ini.
“Kerajaan Madani komited untuk memupuk hubungan penting ini demi kemakmuran rakyat dan seluruh rantau ini,” katanya menerusi laman sosial Facebook, hari ini.
Anwar berkata, beliau teruja untuk menerima lawatan rasmi rakan sejawatnya dari China, Li Qiang ke negara ini bagi meraikan peristiwa bersejarah itu.


















































Discussion about this post