Hormati kewujudan sekolah vernakular – PMXPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak supaya menghormati kewujudan sekolah vernakular Cina dan Tamil di negara ini.
Dalam masa sama, Anwar turut menegaskan negara ini telah lama mengamalkan sistem persekolahan berkenaan.
“Peranan kita adalah untuk memberi ruang, persefahaman dan rasa hormat.
“Kita mewarisi sistem di mana terdapat sekolah kebangsaan untuk semua, serta sekolah Cina dan Tamil.
“Kepelbagaian (sekolah ini) mencerminkan komposisi demografi kawasan berbeza, sebahagiannya terdiri daripada 100 peratus Melayu, manakala yang lain majoriti Cina dan India,” katanya, lapor NST.
Pengerusi PH itu juga mengingatkan umat Islam supaya tidak mengabaikan ayat al-Quran mengenai perbezaan bangsa, warna kulit dan bahasa.
“Kita datang daripada pelbagai kaum, kabilah, wilayah, negeri, warna kulit dan bahasa. Al-Quran menekankan pentingnya mengenali perbezaan ini dan menghormati antara satu sama lain,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan, di sini, pada malam Ahad.
Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
















































Discussion about this post