Lawrence Wong mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Singapura yang baharu bagi menggantikan Lee Hsien Loong selepas dua dekad mengetuai negara republik berkenaan.
Sejus ditabalkan di pejabat kerajaan, Itana pada pukul 8 malam waktu tempatan, Bekas timbalan perdana menteri itu menegaskan gaya kepimpinan pasukannya akan berbeza dengan generasi sebelumnya.
“Kami akan menerajui (Singapura) dengan cara kami sendiri. Kami akan terus berfikir di luar kotak dan berfikiran jauh ke hadapan,” kata pemimpin berusia 51 tahun itu dalam ucapan pertamanya.
Ahli-ahli Kabinet Wong turut mengangkat sumpah termasuk Hsien Loong, 72, yang dilantik ke tugas penasihat kerajaan sebagai menteri senior.
Wong berkata, rakyat Singapura berdepan dunia penuh konflik dan persaingan, dengan isu ketegangan geopolitik, dasar perlindungan serta nasionalisme yang mungkin berlarutan selama bertahun-tahun.
“Kita perlu berani berdepan realiti ini dan menyesuaikan diri dengan dunia yang lebih kucar-kacir, lebih berisiko dan lebih ganas,” ujarnya.
Encik Wong yang mengekalkan portfolio Menteri Kewangan, dilantik sebagai Perdana Menteri keempat Singapura dalam upacara angkat sumpah pada Rabu malam.
“Saya akan membawa semangat yang sama kepada peranan baharu ini. Ini janji saya kepada semua rakyat Singapura. Saya akan berkhidmat kepada anda dengan sepenuh jiwa raga saya.
“Saya tidak akan berpuas hati dengan status quo. Saya akan sentiasa mencari cara lebih baik untuk memastikan hari esok lebih baik daripada hari ini. Misi saya jelas – untuk terus megatasi cabaran dan mengekalkan keajaiban iaitu Singapura.
“Jadi kita boleh mencapai tahap lebih tinggi. Jadi kita boleh menjadi sinar harapan dan perpaduan untuk diri sendiri dan anak-anak kita,” kata Wong dalam ucapannya.


















































Discussion about this post