Penyanyi Israel, Eden Golan menerima kecaman teruk dari penonton sewaktu menjalani sesi latihan bagi pertandingan nyanyian Eurovision di peringkat separuh akhir pada Rabu.
Acara yang julung kali diadakan itu menjadi tumpuan umum selepas kebanyakan peminat menggesa pihak penganjur untuk menyekat penyertaan daripada Israel berhubung isu pembunuhan di Palestin.
Beberapa rakaman video yang berlegar di laman-laman media sosial memaparkan kecaman yang dibuat ke atas Eden daripada penonton termasuk laungan free Palestin (bebaskan Palestin).
Februari lalu, penganjur Eurovision dilaporkan tidak berpuas hati dengan lagu yang diserahkan Israel kerana liriknya yang dikatakan bersifat “politik”, lapor akhbar Huffingtonpost.
Wakil Israel bagaimanapun menegaskan mereka lebih sanggup menarik diri dari pertandingan itu daripada menukar lagu, yang pada asalnya berjudul October Rain.
Namun, delegasi Israel kemudiannya menukar pendirian dan mengesahkan Eden akan mewakili mereka pada pertandingan itu, dengan lagunya sendiri yang ditulis semua, bertajuk Hurricane.
Separuh akhir pertama Eurovision tahun ini bermula dengan sedikit kontroversi, selepas penghibur jemputan Eric Saade, yang berketurunan Palestin, ditegur oleh penganjur kerana memakai keffiyeh tradisi di pergelangan tangannya sebagai sebahagian kostum persembahan.
“Semua penghibur dimaklumkan tentang peraturan pertandingan, dan kami kesal kerana Eric Saade memilih untuk mengganggu pertandingan dengan elemen bersifat politik,” kata jurucakap Kesatuan Penyiaran Eropah (EBU).


















































Discussion about this post