Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana rakyat sudah muak dengan perbalahan dalam kalangan pemimpin politik, sekali gus peranan ini perlu dimainkan oleh setiap pemimpin mengikut agama masing-masing.
“Rakyat jelata sudah muak dengan perbalahan di kalangan pemimpin politik. Mereka boleh bercakap di atas suara mereka tentang demokrasi, hak asasi manusia. Kita tak tahu nak percaya siapa lagi.
“Jadi biarlah ketua agama memainkan peranan yang lebih berkesan, galakkan pandangan..anda mungkin seorang pemimpin buddha, anda mungkin seorang pemimpin hindu. Anda mungkin seorang pemimpin Islam atau pemimpin Kristian. Keadilan tetap keadilan.
“Jangan sekali-kali benarkan ketidakadilan berlaku terhadap sesiapa,” katanya ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama 2024 di Sunway Resort Hotel, di sini, hari ini.
Persidangan yang berlangsung hari ini menarik penyertaan hampir 2,000 ulama dan cendekiawan dari 57 negara.
Ia juga dihadiri Setiausaha Agung Liga Dunia Muslim (MWL) dan Pengerusi Pertubuhan Ulama Islam, Sheikh Dr Mohammed Abdulkarim Al-Issa.
Disifatkan sebagai persidangan antarabangsa ketua-ketua agama paling penting dianjurkan oleh benua Asia, Anwar berkata, persidangan ini sangat penting memandangkan ia satu daripada isu mendesak pada masa ini dengan pandangan hidup yang dikaitkan dengan ketidaksepakatan, perselisihan dan perpecahan.
















































Discussion about this post