Indeks Kebebasan Media Dunia keluaran Reporters Without Borders (RSF) bukan suatu fokus yang perlu diberi perhatian untuk membuat penilaian dengan meletakkan kedudukan Malaysia yang lebih rendah berbanding Israel.
Memetik penutupan operasi rangkaian televisyen Al Jazeera dan serbuan ke atas pejabatnya di Israel, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, tindakan tersebut mencetuskan persoalan berhubung kedudukan ke-101 Israel dalam indeks itu, berbanding Malaysia pada kedudukan ke-107.
“Berbeza dengan Israel, kita tidak membunuh orang seperti yang berlaku di Gaza. Kita juga tidak menutup mana-mana (saluran) media seperti yang berlaku kita baca semalam,”
“Jadi (indeks kebebasan media RSF) mungkin satu kayu ukur, tapi bukan kayu ukur yang sejati, yang orang kata ‘the golden standard’. (Indeks) itu adalah untuk kita meneliti, mempertimbang mungkin ada tindakan yang boleh ditambah baik,langkah-langkah yang lebih baik (boleh diambil).” katanya pada sidang media, hari ini.
Reuters dilaporkan dengan memetik yang polis Israel menyerbu pejabat Al Jazeera dan merampas peralatannya semalam.
Menurut Reuters lagi, perkhidmatan satelit Israel Yes memaparkan mesej berbunyi: “Selaras dengan keputusan kerajaan, siaran stesen Al Jazeera telah dihentikan di Israel.”
Bagaimanapun, Al Jazeera tidak disekat sepenuhnya di Israel kerana saluran itu masih boleh diakses melalui Facebook.
Fahmi juga berkata, beliau akan bertemu dengan RSF dalam masa terdekat untuk membincangkan kedudukan Malaysia dalam indeks tersebut, dan cadangan organisasi itu.
“Kerajaan akan dimaklumkan tentang cadangan (RSF). Kita mungkin tak terima semua cadangan mereka, tetapi kita akan kaji dan lihat apa yang sesuai untuk Malaysia.” ujarnya.
Fahmi sebelum ini dilaporkan berkata, kedudukan terkini Malaysia dalam indeks itu masih lebih baik berbanding kedudukan ketika pentadbiran terdahulu.
“Walaupun penurunan kepada (kedudukan) 107 tidak memuaskan, ia tidak terlalu buruk. Dalam laporan 2021, kita berada pada kedudukan ke-119; pada 2022 pula, kita berada pada kedudukan ke-113,” ujarnya.
















































Discussion about this post