Seorang jurulatih dan pelatih penerbangan cedera selepas pesawat ringan dinaiki terhempas di kawasan ladang Besout 2 Tambahan, Sungkai, hari ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan perkara itu, lapor Bernama.
“Ya, pesawat latihan, penumpang terbabit selamat.
“Kejadian berlaku pada jam 9.55 pagi dengan dua mangsa terbabit iaitu lelaki dan wanita telah dihantar ke Hospital Slim River,” katanya, lapor Bernama.
Satu video memaparkan sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan hutan tular di media sosial hari ini.
















































Discussion about this post