Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menolak permohonan Lim Guan Eng dan isterinya, Betty Chew serta seorang ahli perniagaan, Phang Li Koon untuk membatalkan tuduhan rasuah terhadap mereka membabitkan projek asrama pekerja asing bernilai RM11.6 juta.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Rofiah Mohamad berkata, perbicaraan kes tersebut akan diteruskan memandangkan ada perbezaan ketara dalam kesalahan yang didakwa berlaku melibatkan individu berbeza.
“Dalam penelitian mahkamah, walaupun setelah 25 saksi telah dipanggil, namun tiada sebarang dapatan oleh mahkamah berdasarkan keterangan saksi tersebut atau terdapat fakta terbukti melalui perbicaraan tersebut.
“Pada masa yang sama, kalau pun dikatakan budi bicara sebagai tidak mutlak bagi mencabar keputusan dibuat oleh AG (Peguam Negara) harus dibuat melalui penilaian semula kehakiman bukan permohonan di sini,” katanya.
Mahkamah menetapkan 26 Julai ini untuk pengurusan kes.

















































Discussion about this post