Peranan pekerja yang menjadi penggerak utama kepada kemajuan ekonomi dan pembangunan negara akan terus dihargai serta diiktiraf oleh kerajaan Madani di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana menteri berkata, Malaysia meraikan Hari Pekerja hari ini bukan sebagai agenda pesta tahunan tetapi mengiktiraf setiap peranan pekerja daripada peringkat rendah hingga ke pengurusan.
Dalam ucapan sempena Hari Pekerja hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap hari pekerja tahun ini akan memberikan rangsangan supaya pengiktirafan itu yang diberikan dari segi ganjaran, rasa hormat dan ihsan dapat dipertingkatkan.
“Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja di Malaysia!
“Mewakili Kerajaan Madani, saya ucapkan terima kasih atas usaha dan kerja kuat kalian selama ini.
“Kerajaan MADANI juga akan terus menghargai serta mengiktiraf setiap peranan dimainkan dalam menjadi penggerak utama kepada kemajuan ekonomi dan pembangunan negara,” katanya.
Hari Pekerja yang juga disebut sebagai Hari Buruh ini disambut pada 1 Mei setiap tahun dan merupakan cuti umum bagi setiap negeri di Malaysia.
Hari Pekerja atau Hari Buruh ini diraikan seperti juga negara-negara lain di seluruh dunia untuk memperingati perjuangan buruh yang menuntut hak-hak mereka sebagai pekerja.















































Discussion about this post