Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Salleh membidas peguam Siti Kassim yang menuduhnya mahu menjadi hero dalam isu kalimah Allah pada stoking.
Tegasnya, beliau bertindak sedemikian kerana agamanya dihina, sekali gus menjelaskan yang Akmal bukan menjadi seorang hero tetapi hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim..
Seorang Muslimjelas Akmal lagi, biarpun tidak mempunyai keimanan yang tebal, pasti akan bertindak seperti yang dilakukannya apabila agama Islam dihina.
“Memang saya tidak mahu menjadi hero. Saya hanya mahu menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang Muslim yang terkesan apabila agamanya dihina.
“Setiap orang yang mempunyai iman walaupun senipis kulit bawang pastinya akan terasa apabila agamanya dihina. Kalau tidak terasa, tepuk dada tanyalah iman,” katanya dalam kenyataan.
Semalam, Siti Kasim dilaporkan berkata Muhammad Akmal tidak mewakili masyarakat Melayu dan pendiriannya itu hanyalah berkepentingan politik yang bertujuan meraih sokongan orang Melayu Islam kepada UMNO.
“Awak bukan hero kepada orang Melayu atau Islam. Kita tunggu polis siasat, mungkin ada sabotaj atau kesilapan yang tulen,” katanya.















































Discussion about this post