Penguatkuasaan dan pemantauan perlu ditingkatkan susulan kenaikan harga makanan yang berlaku muktahir ini.
Menegaskan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyelarasan harus dibuat susulan harga barangan seperti beras dan ayam berada dalam kawalan, sekali gus harga makanan tidak boleh dinaikkan sesuka hati.
“Saya tidak nafikan, di lapangan kadang harga tinggi. Saya lihat ada rakan komen, harga beras turun, (harga) gula terkawal, harga ayam turun ketimbang dua ke tiga tahun lalu, tapi harga makanan naik,” katanya.
Berucap pada Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan, di Putrajaya, hari ini.
Anwar dalam masa yang sama turut memaklumkan, harga gula dan beras di Malaysia adalah paling murah di Asia Tenggara, namun itu juga menghadirkan masalah.
“Ada masalah juga (harga murah) kerana penyeludupan bertambah. Laporan dalam mesyuarat keselamatan, di Pulau Sebatik, satu pertiga (rakyat) Malaysia, dua pertiga (rakyat) Indonesia.
“Tapi keperluan minyak mentah, beras, gula, semuanya untuk satu pulau,” katanya menambah Malaysia turut menanggung subsidi untuk dua pertiga lagi penduduk Pulau Sebatik.
Pulau Sebatik terletak di Pantai Timur Borneo, terbahagi kepada dua bahagian, iaitu utara dalam wilayah Sabah, Malaysia, manakala selatan milik Kalimantan Utara, Indonesia.
Tegas Perdana Menteri lagi, penyasaran subsidi penting dan beberapa program serta prakarsa baharu serta kaedah percukaian baharu perlu.
“Namun, ia harus tidak menekan di bawah dan memberi keadilan supaya golongan mahakaya tak ambil faedah daripada subisidi,” katanya.















































Discussion about this post