Kedudukan Datuk Seri Azmin Ali sebagai ketua pembangkang di Selangor bakal terjejas ekorang tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari menyokong kepimpinan Menteri Besar negeri itu.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, keputusan yang dibuat oleh Rashid merupakan satu tamparan hebat kepada Azmin, kerana langkah rtersebut diambil kerana risau akan PArti yang semakin merudum.
“Dia (Azmin) bukan poster boy Bersatu di Selangor (jika lima lagi Adun sokong Menteri Besar).
“Rashid melakukan kamikaze kerana Bersatu baru pinda Perlembagaan parti. Dia tidak takut kepada pindaan. Dia lebih takut kapal Bersatu yang akan karam.
“Bersatu akan berhadapan dengan krisis perlembagaan parti jika pindaan itu tidak terpakai sebelum diluluskan oleh ROS,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Puad turut meningatkan Azmin bahawa rakyat kini bukan sahaja penat melihat gelagat Ahli Parlimen dan Adun Bersatu beralih sokongan malah, turut penat dengan ‘Langkah Sheraton’ dan ‘Langkah Dubai’.
“Dia lupa, dia pernah buat rakyat penat dengan Langkah Sheraton dan kini Langkah Dubai,” kata Puad.
Semalam Abdul Rashid menzahirkan sokongannya kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Adun Bersatu itu berkata sokongannya terhadap kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) dibuat secara sukarela, dan pada masa sama akan tetap komited kepada parti.

















































Discussion about this post