Pemain bola sepak kebangsaan Faisal Halim menyatakan kesyukurannya kerana Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengirim ucapan tahniah kepadanya atas kejayaan dinobat sebagai penajring terbaik Piala Asia Qatar 2023.
Faisal mencipta sejarah apabila jaringannya dinobatkan sebagai gol terbaik dalam saingan Piala Asia 2023 di Qatar bulan lalu.
Ucapan tersebut dibuat menerusi satu hantaran di laman media X.
Jaringan menarik dilakukan pemain bertubuh cilik itu menggemparkan dunia bola sepak apabila dia memperdayakan pertahanan kental Bayern Munich, Kim Min-jae sebelum melepaskan sepakan lencong dari sudut sukar ke gawang lawan untuk Malaysia mengikat Korea Selatan 1-1 dalam aksi peringkat kumpulan dengan perlawanan berkesudahan seri 3-3
Perdana Menteri melalui laman sosial X mengucapkan tahniah buat pemain Selangor FC itu selepas dinobatkan sebagai pemenang.

















































Discussion about this post