Malaysia jadi tuan rumah pelancaran MFWS 2024 – komuniti usahawan wanita serantau Modest Fashion & Womenpreneur Summit (MFWS) 2024 akhirnya berlangsung dengan jayanya pada 8 dan 9 Febuari 2024 di Hotel InterContinental, Kuala Lumpur.
Penganjuran tersebut berjaya mengumpulkan seramai 13 tokoh wanita dari pelbagai negara serta melibatkan 12 jenama Modest Fashion terkemuka.
MFWS 2024 yang diadakan buat julung kali dengan misi mengembangkan komuniti usahawan wanita dari pelbagai negara ini menjadikan majlis tersebut sebagai sebuah medium kolaborasi di kalangan usahawan untuk mengembangkan periagaan masing-masing.
Ketua Pegawai Eksekutif MFWS 2024, Ayu Fakih berkata, ia bagi meluaskan rangkaian usahawan wanita supaya berkembang dengan lebih pesat dan meningkatkan daya saing dalam ekosistem perniagaan moden yang kompetitif ini.
“Ia selaras dengan temanya, Forum Wanita Peringkat Tinggi Untuk Pertumbuhan Ekonomi dan Kemampanan.
“MFWS 2024 akan menjadi tempat untuk para wanita menjalin rangkaian, berhubung dan menyokong antara satu sama lain bagi membangunkan perniagaan mereka.
“Dengan mewujudkan forum ini untuk sidang kemuncak usahawan wanita, mereka boleh berhubung antara satu sama lain,” katanya kepada pemberita.
Sementara itu, penaja utama penganjuran tersebut Wardah – jenama produk kecantikan ternama Indonesia, menampilkan beberapa tokoh wanita sebagai panelis pada majlis tersebut sebagai perkongsian berkenaan perjalanan karier masing-masing.
Antara panelis yang didatangkan pada majlis berkenaan termasuklah Dini Ardi Wardini, selaku Vice President of Product Innovation & Development dari Paragon Corp Wardah dan Dayah Bakar yang juga merupakan duta Wardah di Malaysia yang juga merupakan seorang selebriti penyiaran.
“Kami percaya pada kebaikan, pada kehormatan, dan kesantunan, pada apapun yang Anda lakukan. Karena itu, saya percaya dua hari ini akan menjadi kesempatan yang baik untuk saling terhubung dengan satu sama lain untuk menghasilkan lebih banyak kolaborasi bagi orang-orang yang haus terhadap pengetahuan,” terang Dayah Bakar.
Pada MFWS 2024 tersebut, sebanyak 11 jenama modest fashion terbesar dan paling berpengaruh dalam industri, seperti Buttonscarves, yang diasaskan oleh Ayu Dyah Andari, BT Batik Trusmi, Zeta Prive, dan Wwiek Muslimah selain Adrianna Yariqa, jenama terkemuka dari Singapura.
“Saya gembira menjadi sebahagian dari MFWS tahun ini bersama dengan para tokoh hebat dari modest fashion. Saya tidak tahu sudah berapa banyak fashion show internasional yang saya ikuti, mulai dari di Dubai, Jakarta, Kuala Lumpur, dan banyak lagi,” katanya yang turut menampilkan koleksi bertema Lebaran ‘Ayriangraya’.
MFWS 2024 merupakan pnganjuran PT Kreasi Mode Internasional yang berjaya menarik minat dari ribuan usahawan wanita dari 66 negara, yang berkumpul di Kuala Lumpur sebelum ke penganjuran seterusnya di Turki menjelang akhir tahun 2024.
















































Discussion about this post