Bekas pemimpin kanan Parti Komunis Malaya, Cik Dat Anjang Abdullah atau lebih dikenali sebagai Abdullah C.D meninggal dunia pada jam 9.29 pagi waktu Thailand hari ini.
Berita tersebut dikongsikan oleh salah seorang bekas pejuang pembebasan Tanah Melayu yang terlibat dalam Parti Komunis Malaya (PKM), menerusi laman media sosial hari ini.
Abdullah CD, anak kelahiran Lambor Kanan, Parit, Perak menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) pada 1948 dan berjuang dengan senjata menentang penjajahan British.
Abdullah CD memainkan peranan sebagai Komander Rejimen ke-10 PKM, rejimen yang dianggotai oleh komunis Melayu dalam gerakan kemerdekaan Tanah Melayu.
(Berita penuh menyusul)

















































Discussion about this post