Ketua Penerangannya PAS, Ahmad Fadhli Shaari merakamkan ucapan takziah kepada Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham atas musibah yang dialaminya.
Ia susulan laporan berlaku kebakaran rumah pemimpin DAP itu yang dikatakan dilakukan oleh individu tidak dikenali sekitar jam 2.50 pagi.
“Kita rakamkan takziah kepada beliau atas musibah yang dialami. Walau apapun perbezaan di dalam politik, tindakan membakar dan khianat harta individu lain apa lagi melibatkan risiko kehilangan nayawa adalah perbuatan yang tidak boleh diterima.
“Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk buat siasatan menurut undang-undang yang sedia ada.
“Semua pihak dinasihatkan tidak membuat apa-apa spekulasi yang boleh menggangu siasatan pihak berkuasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Terdahulu Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata rumah Koo Ham diserang dengan ‘molotov cocktail’ menyebabkan kebakaran yang memusnahkan sebuah keretanya, awal pagi tadi.
Katanya, laporan polis telah dibuat dan DAP yakin pihak polis akan bertindak tegas dan cepat untuk menyiasat dan menangkap pihak bertanggungjawab.
















































Discussion about this post