Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini membuat laporan polis agar pihak berkuasa membuat siasatan berkenaan gerakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jelasnya, lapaoran itu dibuat bagi menamatkan spekulasi yang boleh mencetuskan keresahan rakyat serta memberi kesan kepada keyakinan pelabur.
“Gerakan Langkah Dubai ini jelas satu tindakan yang buka sahaja menganggu gugat sistem demokrasi berparlimen, malah sia-sia kerana akta antilompat parti yang telah diluluskan, (sekali gus) menghalang sebarang usaha menukar perdana menteri dan kerajaan di pertengahan pentadbiran.
“Saya yakin gerakan ini telah dimulakan oleh beberapa ahli parlimen termasuk pemimpin pembangkang yang tidak bertanggungjawab.
“Tindakan mereka pada hakikatnya memudaratkan demokrasi berparlimen, menimbulkan keresahan dan mencetuskan ketenteraman awam.
“Cubaan untuk mewujudkan ketidakstabilan politik yang boleh mengancam keselamatan negara ini mesti digagalkan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di Putrajaya, hari ini.
Sebelum ini perdana menteri berkata dia enggan melayan dakwaan Sanusi kononnya PN berjaya mengumpul sekitar 120 akuan bersumpah untuk menjatuhkan kerajaan.
“Tak apa. Tak perlu komen. (Biar)..saya kerja,” kata Anwar kepada pemberita pagi tadi seperti dilapor oleh media tempatan.
Tambah Shamsul, perbuatan segelintir Ahli Parlimen tidak bertanggungjawab yang terlibat dalam gerakan tersebut hanya sia-sia kerana negara telah mempunyai akta antilompat parti.
“Saya serahkan kepada mereka yang membina perspektif itu, tetapi bagi kerajaan, tentunya kita ingin menamatkan perkara ini sebab kalau tidak, akan dianggap kerajaan tidak dibuat apa-apa.
“Saya ingin menyatakan kepada mereka tidak bertanggungjawab di luar sana, Malaysia ini ada undang-undang, ada peraturan dan Perlembagaan Persekutuan.
“Kita melalui episod ini pelbagai. Kita telah berikan penamatnya dengan undang-undang akta antilompat parti,” katanya lagi.















































Discussion about this post