Banjir di Kelantan semakin buruk dengan jumlah mangsa meningkat kepada 12,645 orang pagi ini, berbanding 11,329 mangsa malam tadi.
Semua mangsa banjir melibatkan 3,876 keluarga itu ditempatkan di 83 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan daerah.
Sehingga jam 8 pagi tadi, lapan daerah di Kelantan yang dilanda banjir adalah Pasir Mas, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Gua Musang, Jeli, Pasir Puteh dan Kota Bharu.
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas merekodkan mangsa paling ramai iaitu 7,210 orang yang berlindung di 26 PPS manakala Kuala Krai mencatat 2,666 mangsa di 25 PPS.
Tanah Merah merekodkan 1,801 mangsa di 19 PPS, Machang pula 468 orang di enam PPS diikuti Gua Musang dengan 271 mangsa di lima PPS.
Selain itu Jeli membabitkan 255 mangsa di dua PPS dan Kota Bharu merekodkan 35 mangsa serta Pasir Puteh 39 mangsa.














































Discussion about this post