Kerajaan akan memberi keutamaan untuk menyelesaikan masalah perumahan yang membelenggu generasi kedua dan ketiga Felda, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata beberapa cadangan mengenai perkara itu sedang diteliti untuk tindakan selanjutnya.
“Sayugia, sebagai kubu kuat program pembinaan orang-orang Melayu, usaha-usaha untuk mengangkat lagi martabat Felda akan dilaksanakan.
“Ini termasuklah soal perumahan, soal digital, teknologi, ilmu dan bidang pendidikan untuk menaikkan mutu Felda di masa akan datang,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.
Terdahulu semalam beliau menyantuni komuniti Felda dan Ketengah di Felda Seberang Tayor di Kemaman.

















































Discussion about this post