Dewan Perniagaan dan Industri Jerman (DIHK) telah bersetuju untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman bagi memperkasakan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau yakin masa depan TVET negara cerah melalui perkongsian itu.
“DIHK telah bersetuju untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman mereka dalam membentuk satu kerjasama bersama Majlis TVET Malaysia, membantu kami mencipta rangka tindakan unik yang disesuaikan dengan program TVET Malaysia.
“Tambahan itu, mesyuarat bersetuju bahawa Dewan Perniagaan Jerman Malaysia akan mengetuai dalam menyelaraskan syarikat-
syarikat Jerman di Malaysia dan sebahagian daripada majlis penasihat yang khusus untuk membina ekosistem TVET di Malaysia.
“Dewan Perniagaan Jerman akan memainkan peranan penting dalam mempromosikan program GDVT (German Dual VocaMonal Training) yang melibatkan penyertaan industri Malaysia.
“Ini akan membantu menyelaraskan tenaga kerja mahir Malaysia bersesuaian piawaian Jerman seterusnya menjadikan mereka lebih berdaya saing dan diiktiraf di peringkat antarabangsa,” kata Ahmad Zahid yang juga Pengerusi TVET negara dalam satu kenyataan.
Beliau berkata perkara itu dicapai ketika melawat Bosch di Berlin, Jerman – di mana saya telah mengadakan perjumpaan dengan wakil dari Bosch-Haus dan Dewan Perniagaan dan DIHK.
Pertemuan itu turut disertai bersama GMI-MARA.
Turut sam dalam rombongan itu, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Ketua Pengarah MARA, Datuk Zulfikri Bin Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jerman-Malaysia (GMI) Ahmad Solihin.
“Saya percaya, masa depan industri TVET adalah cerah, dan kerjasama dengan insMtusi TVET yang mantap seperM di Jerman ini sudah pastinya akan memangkin ekosistem TVET di negara kita.
“Kejayaan pelan tindakan ini nanti akan bergantung pada dedikasi, kerjasama yang berkesan dan akses kepada perkongsian kepakaran yang sedia ada.
Ahmad Zahid berkata, beliau turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara GMI dan TH Brandenburg University of Applied Sciences di University tersebut.
















































Discussion about this post