Kerajaan akan melaksanakan lebih banyak program sukan pada peringkat komuniti dengan peruntukan sebanyak RM40 juta disediakan kepada persatuan sukan komuniti, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, peruntukan itu disediakan kepada persatuan sukan komuniti yang berdaftar bagi menganjurkan acara sukan.
“Pelbagai langkah dirangka bagi memupuk keharmonian sosial yang lebih baik serta kehidupan yang selamat dan sihat untuk rakyat dan sukan terbukti berjaya memupuk perpaduan dan membina masyarakat yang aktif dan sihat,” katanya membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK12 di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, usaha mempersiapkan pasukan atlet negara mencapai Misi Emas temasya sukan Olimpik Paris 2024 dan Los Angeles 2028 juga akan diperhebat.
















































Discussion about this post