Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan tiga agensi berkaitan pelancongan dan umrah bagi pembudayaan pemakaian batik, khususnya bagi jemaah umrah Malaysia.
Langkah itu sebagai usaha mempromosi produk tekstil batik ke luar negara.
Tiga agensi itu adalah Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Pelancongan (PAPUH), Persatuan Syarikat Pengendali Pelancongan Bumiputera (BUMITRA) dan Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan (MATTA).
Memorandum ditandatangani Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan, ‘Ainu Sham Ramli, manakala PAPUH diwakili Timbalan Setiausahanya, Prof Datuk Dr Wan Toren Wan Yusoff; BUMITRA diwakili Presidennya, Harun KC Ammu dan MATTA oleh Timbalan Presiden, Sheikh Awadh Abdullah.
Mohd Zamri ketika ditemui Bernama, berkata kementerian menyasarkan pemakaian batik dalam kalangan jemaah umrah Malaysia bakal bermula seawal November atau Disember apabila tiba cuti persekolahan.
“Ini salah satu usaha agresif kementerian dengan persatuan pelancongan serta umrah untuk mengetengahkan identiti batik Malaysia di luar negara kerana pemakaiannya adalah manifestasi jati diri sebagai rakyat Malaysia,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Perbadanan Kemajuan Kraftangan, Abdul Halim Ali berkata, MoU itu akan membolehkan pengendali umrah atau pelancongan menyediakan pakej bersesuaian dengan pemakaian batik Malaysia untuk aktiviti lain selain mengerjakan ibadat umrah. – Bernama



















































Discussion about this post