Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diarah menambahbaik sistem JPJeBid yang mengalami masalah ‘kapasiti’ ketika waktu puncak.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata Kementerian Pengangkutan dimaklumkan mengenai dakwaan kemungkinan berlaku masalah tadbir urus berkaitan pendaftaran nombor plat klasik oleh JPJ.
“Susulan maklumat itu yang terkandung dalam dokumen JPJandora Papers, saya telah mengetengahkan perkara tersebut dalam mesyuarat pasca-Kabinet hari ini.
“Seterusnya saya mengarahkan penubuhan Pasukan Petugas Khas di Kementerian Pengangkutan yang turut dianggotai Unit Integriti kementerian,” menurutnya dalam kenyataan media.
Anthony berkata, pasukan itu diamanahkan untuk menyiasat dakwaan berkenaan dan mengesyorkan penambahbaikan untuk memperkasa ketelusan dalam proses pendaftaran nombor plat klasik.















































Discussion about this post