Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menyenaraikan tiga ‘dosa besar’ dalam kementeriannya yang perlu diberi perhatian.
Katanya, tiga perkara itu adalah buli, jenayah seksual dan perkauman.
“Makam tertinggi dalam pendidikan (KPM) ialah cinta dan kita tidak boleh melakukan (apa-apa kerja) tanpa rasa cinta, cinta kepada Tuhan, guru, murid-murid, ibu bapa dan ilmu.
“(Jadi) saya selalu sebut, ada tiga dosa besar dalam KPM,” katanya ketika program Town Hall Rakyat Bersama Fadhlina Sidek di Shah Alam, hari ini.
Mengulas mengenai nilai cinta diterapkan dalam kementerian diterajuinya, Fadhlina yang juga ahli parlimen Nibong Tebal berkata, dengan adanya sifat sedemikian ia boleh menghakis segala perkara negatif yang wujud di dalam atau luar sektor pendidikan.
“Pendidikan ini selain kita bercakap tentang dasar kita juga harus tumpukan perkara asas iaitu cinta.
“Saya percaya dengan cara ini kita dapat merapatkan lagi jurang dan semai semangat perpaduan,” katanya.

















































Discussion about this post