Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMKe-12) di Dewan Rakyat, Isnin ini.
Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata beliau telah menerima dokumen KSP RMKe-12 daripada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Timbalannya, Datuk Hanifah Hajar Taib serta Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron.
Menurut Anwar yang juga Menteri Kewangan, KSP RMKe-12 adalah satu lagi tindakan kerajaan dalam menjelmakan agenda Ekonomi MADANI yang beliau usulkan.
Katanya, ia adalah dokumen kebijakan yang signifikan dalam menentukan hala tuju pembangunan sosioekonomi negara yang seimbang dari segi pemikiran, spiritual dan material berteraskan nilai-nilai MADANI.
“Dasar dan inisiatif yang bakal saya umumkan ini bukan sahaja dibentuk daripada pemikiran di kementerian-kementerian tetapi juga berpandukan kepada permasalahan, keperluan dan keutamaan rakyat, komuniti perniagaan serta kesemua negeri.
“Saya yakin KSP RMKe-12 ini akan dapat memacu pertumbuhan Malaysia yang lebih seimbang dan mapan di masa hadapan,” katanya menerusi perkongsian di laman Facebook.















































Discussion about this post