Kerajaan Kelantan akan menghadiahkan sebuah banglo kepada qari dari negeri ini, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi yang muncul juara pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-63, baru-baru ini.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, berkata hadiah itu sebagai tanda penghargaan kepada Muhammad Qayyim yang mengharumkan nama negeri.
Banglo bernilai RM428,500 terletak di Tanah Merah dan dijangka diserahkan dalam masa terdekat.
“Kita sedang meninjau banglo yang dibina anak syarikat kerajaan negeri, …yang ada sekarang ini di Tanah Merah.
“Kalau dulu kita bagi banglo di Machang kepada qari Kelantan yang menjadi juara peringkat antarabangsa,” katanya selepas Mesyuarat EXCO hari ini, lapor BH Online.
Mohd Nassuruddin berkata, pemberian itu sebagai galakan kepada orang lain untuk terus maju dalam bidang al-Quran.
Muhammad Qayyim Nizar Sarimi muncul juara kategori lelaki pada MTHQA ke-63 baru-baru ini apabila memperoleh markah 94.96 peratus.- Malaysiapost

















































Discussion about this post