Veteran Umno Tan Sri Idris Jusoh meggesa Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan Presiden parti itu.
Gesaan itu dibuat berikutan kekalahan teruk Umno di Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung pada Sabtu.
“Umno kalah teruk di PRN semalam. Umno kalah 100% di Terengganu.
“Zahid Hamidi perlu letak jawatan…..” tulis Idris di Facebooknya, pada Ahad.
Dalam PRN kelmarin, Umno yang bertanding sebanyak 108 kerusi hanya memenangi 19 kerusi sahaja.
Perikatan Nasional (PN) menang semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) selain satu kerusi Parlimen di Kuala Terengganu yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.
Di Kedah juga menyaksikan Umno turut tewas di semua kerusi yang ditandingi.
Manakala di Negeri Sembilan parti itu hanya memenangi 14 kerusi, Selangor 2 kerusi, Pulau Pinang 2 kerusi dan Kelantan 1 kerusi.















































Discussion about this post