Gabungan Pakatan Harapan (PH)- BN dijangka akan membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung esok.
Berdasarkan analisis yang dibuat oleh beberapa agensi kerajaan PH-BN dijangka akan memenangi 44 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.
Menurut hasil kajian badan kerajaan yang dilihat Malaysiapost, Perikatan Nasional (PN) dijangka akan memperoleh 12 kerusi.
Berdasarkan kajian lapangan berkenaan, daripada 44 kerusi terbabit BN dijangka akan memenangi 9 daripada 12 kerusi yang ditandingi.
“Jangkaan kerusi menang di Selangor adalah sebanyak 44 kerusi DUN,” kata laporan berkenaan.
Katanya, jangkaan akhir itu berdasarkan pembolehubah simulasi data pilihan raya, kajian sikap panggilan telefon, kajian sikap ‘Whatsapp blasting’ dan analisa imperatif di lapangan.
“Terdapat empat kerusi yang mesti diberikan tumpuan gerak kerja yang lebih komprehensif bagi memberi kemenangan margin selesa di Selangor,” tambahnya lagi.
Untuk Selangor mempunyai 56 kerusi DUN secara keseluruhannya.
Terdahulu gabungan PH-BN mengumumkan Isnin depan sebagai cuti peristiwa sekiranya menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN), esok.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari membuat pengumuman berkenaan ketika menyampaikan amanah khas, hari ini.
“Dengan berbesar hati juga saya ingin mengumumkan bahawa sekiranya gabungan perpaduan yang terdiri daripada PH dan BN berjaya memenangi PRN Selangor pada 12 Ogos ini dan membentuk Kerajaan Negeri Selangor, kita bersetuju untuk isytiharkan cuti peristiwa buat seluruh rakyat Negeri Selangor pada 14 Ogos 2023 iaitu pada Hari Isnin depan,” katanya.
Menurut Amirudin yang juga Pengerusi PH Selangor, PRN esok merupakan tarikh penting dalam sejarah negeri itu.-















































Discussion about this post