Individu yang ingin mendapatkan lesen memandu bagi kereta atau motosikal hanya perlu menduduki satu ujian teori bermula 15 September ini.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, sebelum ini pemohon dikehendaki menduduki dua ujian teori berasingan bagi mendapatkan lesen kenderaan berkenaan.
“Sebagai contoh, seseorang yang sudah lulus ujian KPP01(Teori bagi lesen motosikal tidak perlu menduduki KPP01 untuk kali kedua apabila mengambil lesen memandu kereta.
“Namun, calon masih wajib menjalani latihan dan menduduki ujian KPP02 (Praktikal di Litar) dan KPP03 (Praktikal di jalan raya) secara berasingan apabila mengambil lesen motosikal dan kereta,” katanya, hari ini.
Menurut Loke, ketetapan baharu mengenai KPP01 itu dapat memudahkan pengambilan lesen memandu terutama kepada anak muda.
Katanya, inisiatif itu dilaksanakan selepas mengambil kira maklum balas awam selain menjimatkan masa dan kos bagi mendapatkan lesen memandu yang sah.
“Orang ramai mahu kursus dan ujian itu digabung kerana ia peraturan yang sama bagi motosikal dan kereta.
“Saya dimaklumkan, setiap pemohon dapat jimat sebanyak RM100 sebaik sahaja inisiatif ini dilaksanakan kelak,” katanya.
















































Discussion about this post