Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas calon-calon Pilihan Raya Negeri (PRN) yang menyerang beliau termasuk mencaci dan memakinya di sepanjang kempen kali ini.
Dalam ucapannya di Taman Tuanku Jaafar, Seremban malam tadi, Anwar sebaliknya mempersoal tindakan yang telah dibuat oleh pembangkang ketika mereka menjadi kerajaan sebelum ini.
“Kamu ada kuasa kamu buat apa? Kenapa kamu kayakan kontrak Jana Wibawa? Sakau. Tebatan banjir nak sakau, nasib baik saya halang. Dah lulus, lulus.
“Mari saya sebagai menteri kewangan, saya tengok-tengok, tutup dulu dan runding balik. Berapa projek? RM15 bilion. Bila runding balik, buat selected tender, buat prequalification, strict. Tiada kontraktor yang berani nak jumpa saya.
“Buat-buat, saya selamatkan RM1.8 bilion. Dia boleh maki di luar, tapi ini fakta. Kalau dia cabar, saya boleh keluarkan surat(bukti), tiada masalah.
“RM1.8 bilion saya buat apa? RM800 juta saya pergi ke Kota Tinggi, sebab Johor tak semena-mena tahun lalu air naik (banjir) jadi kita bagi RM800 juta untuk tebatan banjir Kota Tinggi.
“RM1 bilion saya beri ke mana? Kelantan. Tapi Kelantan tu kerajaan PAS, dan dia kata Anwar (ni) zalim. Anwar anak tirikan (Kelantan),” katanya.
Dengan berseloroh, Anwar berkata beliau akan menyiku pihak berkenaan sekiranya beliau bukan seorang perdana menteri.
“Nasib baik saya jadi perdana menteri. Kalau tidak saya lepas (siku) dah. Ingat dahulu, Anwar Ibrahim PM tepi, PM tepi, sekarang siapa PM tepi?
“Inilah, janganlah takbur. Yang penting buatlah kerja,” katanya di hadapan lebih kurang dua ribu penyokong PH-BN.
















































Discussion about this post