Pengerusi PH negeri Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan manifesto Pakatan Harapan(PH) dan Barisan Nasional(BN) di Negeri Sembilan akan dimuktamadkan tidak lama lagi.
Beliau berkata gabungan PH-BN di negeri itu mahu memastikan manifesto tersebut manjdai tarikan terbaik untuk rakyat Negeri Sembilan.
“Manifesto dalam draf akhir, ia telah dikemukakan oleh PH dan BN, kita akan lihat kebersamaan yang boleh dibawa…kita sedia maklum ini kali pertama PH-BN bergabung dalam pilihan raya.
“Kalau ikutkan, kedua-dua parti sudah siap, manifesto pasti dapat dilaksanakan. Manifesto dibuat bukan untuk menarik pengundi, (tetapi) selepas itu tidak dilaksanakan. Paling penting ia dilaksanakan dan beri nilai tambah kepada penduduk,” katanya kepada pemberita di Sikamat, Seremban.
Dalam masa sama, Aminuddin turut mengingatkan semua calon supaya turut memberi perhatian kepada kesihatan masing-masing sepanjang tempoh berkempen.
Sebelum ini, calon BN bagi kerusi DUN Jeram Padang Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir dilaporkan patah kaki kiri selepas terlibat dalam kemalangan bersama pembantunya ketika dalam perjalanan dari Bahau ke Palong melalui Jalan Pasir Besar kira-kira 3 pagi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRN di Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Selangor, Terengganu dan Kelantan serta Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 12 Ogos dan pengundian awal 8 Ogos.
















































Discussion about this post