Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berikrar akan memberi kemenangan penuh di kesemua 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri Sembilan kali ini.
Calon DUN N13 Sikamat itu berkata, kemenangan tersebut mampu dicapai dengan kerjasama yang utuh bersama Barisan Nasional yang kini menjadi sekutu utama Pakatan Harapan dalam Kerajaan Perpaduan.
“Hari ini kita berhimpiun untuk menang besar. Kalau kita nak tahu tujuan kita hadir di sini, untuk menyatukan jentera pilihan raya kita untuk memastikan pilihan raya kali ini kita menang di 36 DUN yang dipertandingkan.
“Tak kira di mana, di Felda hari ini Datuk Seri Anwar telah bertemu hampir sebahagian besar pengundi di sana di Serting, di Paloh, di Bahau dan sebahagian lagi di Tampin, mereka hadir menunjukkan sokongan.
“Hari ini, malam ini kita ke Port Dickson dengan jentera pilihan raya kedua-dua parti. Saya yakin bahawa inilah perjuangan kita, kita ingin ikhlaskan perjuangan ini, kita inginkan supaya kita menang,” katanya dalam ceramah di majlis Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Negeri Sembilan.
Tambah Aminuddin, kemenangan yang bakal diperoleh nanti bertujuan untuk membela nasib rakyat di negeri tersebut.
“Menang ini bukan untuk kita, menang bersama untuk pastikan Negeri Sembilan terus dapat dibangunkan untuk kita pastikan anak-anak bangsa kita pada masa akan datang terbela.
“Ini matlamat kita, kita bukan nak menang untuk sakau, untuk ambil hak rakyat. Kita menang untuk pastikan bahawa kita nk pulangkan semula hasil negeri ini kepada rakyat Negeri Sembilan,” katanya.
















































Discussion about this post