Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub disahkan meninggal dunia pada jam 9.23 malam, Ahad.
Perkara itu disahkan menerusi kenyataan anaknya, Fatihah Salahuddin menerusi akaun media sosialnya.
“Dukacita dimaklumkan ketua keluarga kami, Salahuddin Ayub telah menghadap Ilahi pada 9.23 malam, 23 Julai 2023,” tulisnya.
Timbalan Presiden AMANAH itu dikejarkan ke Jabatan Kecemasan HSB, pada jam 10.15 malam Jumaat lalu, untuk rawatan kecemasan selepas mengalami mual dan muntah-muntah.
Hasil pemeriksaan, doktor pakar kemudiannya mengesahkan Ahli Parlimen Pulai itu mengalami pendarahan otak.
Beliau kemudiannya menjalani pembedahan pada pagi Sabtu, sebelum ditidurkan di bawah pengawasan rapi pakar pembedahan dan perubatan HSB.















































Discussion about this post