Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ditahan polis di ibu negara, awal pagi hari ini.
Difahamkan, Pengarah Pilihan Raya PAS itu ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, kira-kira jam 3 pagi ketika berada dalam sebuah bilik di tingkat 33A di hotel berkenaan.
Beliau ditahan polis di sebuah hotel penginapan di Lembah Klang dan kemudian dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk disiasat di bawah Seksyen 4 (1)(A) Akta Hasutan 1948.
Perkara itu dikongsikan oleh seorang pegawai Ahli Dewan Undangan Jeneri itu, Helmi Khalid menerusi video yang dimuat naik dalam laman Facebooknya pagi ini.
Muhammad Sanusi dijangka akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang pada pagi Selasa bagi menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(A) Akta Hasutan.
Media sebelum ini melaporkan, Muhammad Sanusi dalam satu siri ceramah anjuran Perikatan Nasional (PN) didakwa mengeluarkan kenyataan yang dikatakan menghina Sultan Selangor.
Selain itu, Muhammad Sanusi turut didakwa meremehkan pelantikan Menteri Besar Selangor Datuk Amirudin Shari.
Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis menerima 31 laporan di seluruh negara membabitkan kenyataan Muhammad Sanusi yang didakwa mempertikai kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor.

















































Discussion about this post