Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa sikap Umno kepada bekas presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak tidak pernah berubah.
Presiden Umno itu berkata, usaha parti di bawah Kerajaan Perpaduan hari ini terus berjalan untuk mendapatkan keadilan kepada bekas perdana menteri itu meskipun ianya tidak dijelaskan kepada khalayak.
“Ketika bertemu Najib sebelum ini, perkara itu dinyatakan kepada saya supaya kita jangan terjebak dengan permainan pihak luar. Usaha parti berjalan begitu juga proses keadilan tetap dilakukan.
“Kita perlu pisahkan antara soal keadilan dan usaha dan ini tidak perlu dijelaskan kepada umum,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan penyokong Najib akan memberi sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri di enam negeri kali ini.
Terdahulu, Ketua Umno Bahagian Langkawi Datuk Mohd Nazifuddin menjangkakan sebahagian penyokong Najib tidak akan keluar mengundi atau memberi undi kepada PN pada PRN nanti.
















































Discussion about this post