Seorang bekas pemain bola sepak dilaporkan telah ditahan berhubung kes pecah rumah di Pontian, Johor baru-baru ini.
Media melaporkan, suspek yang pernah beraksi untuk beberapa pasukan utama Liga Super terbabit kes pecah rumah pada Isnin lalu hingga menyebabkan mangsa kerugian puluhan ribu ringgit.
Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan selepas Polis melihatnya dalam keadaan mencurigakan lalu mendapati dia disyaki terbabit dengan kejadian pecah rumah.
Bekas pemain bola sepak itu bersama rakannya di tahan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Mengikut rekod, bekas pemain bola sepak itu agak terkenal beberapa tahun lalu kerana pernah beraksi bersama beberapa pasukan gergasi Liga Super di Selatan dan Utara tanah air.
Kali terakhir dia beraksi bersama pasukan Liga Super adalah pada 2018 bersama kelab berpengkalan di utara tanah air sebelum bekas pemain itu dikatakan menukar haluan dengan bermain bersama skuad Liga M3.
















































Discussion about this post