Bekas Ketua Penerangan Umno Shahril Sufian Hamdan berkata statusnya sebagai ahli yang digantung tidak jelas apabila tiada sebarang garis panduan yang ditetapkan.
Menurutnya, nasib yang dialami dirinya adalah sama dengan mereka yang dipecat.
“Tak ada garis panduan, macam gantung habis macam tu je..samalah dengan seperti dipecat,” katanya dalam program Keluar Sekejap di Univerisiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) semalam.
“Tak ada jemputan rasmi, atau melalui Whatsapp tak ada. Hanya seperti yang dibaca, datang beli sampin baru, jelas Shahril Hamdan dalam program ‘Keluar Sekejap’ semalam.
“Hanya seperti yang dibaca, datang beli sampin baharu… tapi jemputan atau whatsApp tak ada,” katanya.
Pada Januari lepas, Shahril bersama beberapa orang pemimpin Umno yang lain telah dipecat dan digantung keahlian daripada parti itu.
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semasa menjawat jawatan Naib Presiden ketika itu enggan berkongsi senarai pemimpin yang dipecat atau digantung kepada media, sebaliknya menyatakan keputusan yang dibuat MKT ketika itu terpaksa dilakukan walaupun pahit.
Beliau juga menjelaskan, semua tindakan disiplin yang dikenakan juga sudah mengikut saranan Lembaga Disiplin Umno.

















































Discussion about this post