Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perhatian ramai hari ini apabila beliau dilihat tidak kekok menyanyikan lagu keramat parti Umno ‘Bersatu, Bersedia, Berkhidmat’.
Anwar ketika hadir ke Perhimpunan Agung Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), selepas hampir 25 tahun dipecat dari parti itu tampil bersemangat dalam nyanyiannya.
Lagu tersebut didendangkan bersama-sama para perwakilan yang lain sambil mengibarkan bendera Sang Saka Bangsa.
Menerusi beberapa rakaman yang dikongsikan di media sosial, ramai memuji semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh Anwar dalam himpunan tersebut.


















































Discussion about this post