Bekas Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menerima Anugerah Tokoh Pemuda Umno 2023 bersempena Perhimpunan Pemuda Umno 2023 hari ini.
Bekas Perdana Menteri itu menerima anugerah berkenaan sebagai penghargaan memperkenalkan dasar pembangunan negara yang meliputi setiap lapisan masyarakat, selain pembangunan dasar ekonomi negara.
Ketua Pemuda Umno Dr. Muhamad Akmal Saleh menyampaikan trofi anugerah itu kepada Najib yang diwakili anaknya, Datuk Mohamad Nizar Najib di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTKCL) di sini hari ini.
Terdahulu, satu video montaj ditayangkan kepada perwakilan Pemuda Umno yang berkisar sejarah dan rekod khidmat Najib sepanjang perjalanannya dalam politik.
Dewan Tun Razak kemudiannya bergema dengan laungan Bossku yang sinonim dengan gelaran Najib selepas beliau tidak lagi bergelar sebagai Perdana Menteri.















































Discussion about this post