Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin membidas bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang menggunakan Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk meneruskan karier politiknya.
Bung Mokhtar berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai kenyataan Khairy yang menyifatkan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah itu sebagai musuh kesihatan awam.
“Siapa tu KJ (Khairy)? Ini orang berlagak hebat tetapi sebenarnya dia tidak hebat, dia ingat dia smart (pandai) orang lain bodoh tapi dia yang bodoh sebetulnya.
“Dia bentang undang-undang merampas hak orang. Dia ni nak ambil populariti sebab dia sudah tidak ada platform (pentas) sudah, dia tinggal DJ (penyampai radio) sahaja jadi hantu raya.
“Dia mahu stop (berhentikan) orang dari menghisap rokok, tapi dia sendiri isap apa? Tanya dia isap apa, apa perkhabaran dia. Nanti dalam dewan saya cakap,” katanya kepada pengamal media di bangunan parlimen.
Khairy sebelum ini menerusi Instastory miliknya berkata, Bung Moktar beberapa kali membantah dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan bagi mengenai isu perokok di negara ini termasuk ketika beliau menerajui Kementerian Kesihatan (KKM).
“Membantah semasa saya menjadi Menteri, masih membantah. Mungkin fikir merokok tidak akan menyebabkan penyakit kanser, pakyu Moktar Radin. Nasib baik Sabah tak jatuh kat kamu,” tulisnya.
Kenyataan itu dibuat oleh Khairy beberapa hari selepas media melaporkan kejadian di mana seorang kanak-kanak berumur dua tahun telah mengalami keracunan akibat tertelan cecair vape di Bera, Pahang.
Kanak-kanak malang itu terpaksa diberikan bantuan pernafasan selepas mengalami gejala batuk , muntah dan sesak nafas.
















































Discussion about this post