Seorang pelawak wanita dipercayai kelahiran Singapura dikecam netizen kerana bertindak keterlaluan menghina Malaysia dalam satu persembahan komedi berdiri ‘Singapore vs Malaysia’.
Menerusi klip video yang dimuat naik di TikTok wanita bernama Jocelyn Chia, dilihat secara sengaja menghina seorang penonton yang mengaku sebagai rakyat Malaysia dengan perkataan kesat.
Turut menjadi bahan jenaka wanita itu, beliau turut membandingkan Malaysia yang hanya bertaraf negara membangun berbanding Singapura yang lebih maju selepas lebih 40 tahun berpisah dari Tanah Melayu.
Turut menjadi kecaman netizen termasuk jenaka keterlaluan beliau yang menyentuh mengenai kehilangan pesawat Malaysia, MH370 yang dikatakan ‘tidak mendarat’.
Meskipun persembahan komedinya menerima tepukan penonton, rata-rata netizen menerusi hantaran video di TikTok miliknya mengecam persembahanb erkenaan yang dikatakan bersifat melampau.

















































Discussion about this post