Bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa memberi gambaran khalayak akan menyaksikan suatu pentas sandiwara yang menelan kos jutaan ringgit bagi menjalankan naratif tertentu.
Meskipun tidak menyatakan secara jelas namun, ianya merujuk kepada Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang dijadual bermula esok.
“Wayang di pawagam sebelum ini dah senyap sepi. Sambutan sangat kurang, malah jadi bahan cemuhan orang.
“Minggu ini bermula pula satu lagi pentas sendiwara. Yang ini lagi mahal kosnya. RM4-5j hanya untuk 3 hari pementasan.
“Kali ini di jangka lebih dramatis. Pereka-pereka naratif sedang sibuk menciptakan naratif untuk menghalalkan semua tindakan songsang sebelum ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Tambah Annuar, penonton yang menyaksikan ‘pementasan’ tersebut terpaksa mengiayakan apa yang bakal dipertonton meskipun tidak yakin dengan naratif baharu yang disampaikan setelah mengalami kalah teruk pada Pilihan Raya Umum lepas.
“Sementara penonton terpaksa datang setelah ‘muka bengkak’ di belasah teruk di kawasan masing masing, meraka akan cuba senyum dan bertepuk tangan dengan dendangan neratif baru, yang mereka sendiri tidak yakin.
“Namun tak seorang pun dari mereka boleh bersuara, mereka takut teramat sangat.
“Di luar panggung, rakyat langsung tak pandang dengan pementasan ini, tidak seperti dulu. Malah rakyat menunggu0nunggu untuk menghukum mereka sekali lagi (pada) Julai / Ogos ini,” katanya.















































Discussion about this post